Welcome

SELAMAT DATANG KE BLOG Al-ABID FAMILI <<<---->>>Welcome to Al-Abid Family's blog

IKLAN

Showing posts with label Seni. Show all posts
Showing posts with label Seni. Show all posts

Friday, November 18, 2005

Seloka Cikgu Nab

Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Sudahkah kita penuhi amalan?
kuatkah sudah pegangan iman?
kukuhkah ia melawan Syaitan?

Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Menjelang pula Aidil Fitri
Pohon doa iman kekalkan
Kawalah nafsu bersihkan hati

Menjelang pula di pagi Syawal
Kampung sepi tanpa si dia
Sedih di hati tidak terkawal
Tidak menyambut dia bersama

Nuri menunggu di tepi kali
Jelatek menunggu tak kunjung tiba
Tak sangka dia marah sekali
tak ingin jumpa hatiku hiba

Anak ayam si anak Nuri
bekejar-kejar sampai ke petang
kenapa ibu jadi begini
gara anak tak matang-matang

bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi sawah
ibu merajuk sampai ke malam
anak tak faham sampai ke sudah

bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi paya

Mencari anak sampai Shah Alam
menurut hati ibu yang luka

Ibu di pujuk berkali kali
pulanglah pulang bersama kami
janganlah ibu turutkan hati
kami sedih ibu begini

Dari Shah Alam pergi ke Kelang
Singgah sebentar di padang Jawa
Pulanglah ibu cepatlah pulang
dah sampai pula hari ke-dua

Saban hari mengalir air mata
menunggu anak tak kunjung tiba
kini giliran anak pula
menunggu ibu yang sudah tua

Malam berlalu berganti hari
menunggu ibu tak kunjung tiba
gembiranya anak riang di hati
ibu pulang hari ketiga

Mencari si ibu si anak Nuri
Sayang si ibu sampai ke mati
adakah anak tak sedar diri
sedang ibu banyak berbakti?

Si anak Nuri main dikali
mencari cacing sampai ke pagi
janganlah anak berkecil hati
si ibu dah tua tak daya lagi

sewaktu kecil anak menangis
ibu dikencing terus dicuci
ibu bersabar tak pernah bengis
tak pula ibu berkecil hati?

tak pula ibu berair mata
di depan anak buat bersahaja
walau pedih hati terasa
ibu pendamkan hati yang luka

Sudahlah anak matangkan diri
kita dah tua sedar sedarlah
janganlah lupa anak sendiri
takut berulang pula sejarah

ibu tua dah lanjut usia
kasih ibu sangat berharga
kasihlah dia jangan di sia
kasihnya ibu sampai ke syurga

Janganlah nanti terlewat pula
menyesal kemudian tidak berguna
kasihlah ibu se adanya
kerana dia seorang sahaja

Ibu gembira anak bersama
walau berkumpul hari keempat
terharu rasanya si ibu tua
anak-anak bergaul rapat

Ibu gembira sama raikan
anak-anak semua sepakat
moga hubungan terus kekalkan
sayangilah semua sampai akhirat

Thursday, November 17, 2005

Seloka Mak Andak di Jawab

http://andak.blogeasy.com/article.view.run?articleID=106552
Nak melawan lah nih tapi tak berapa reti

Meriah menyambut Aidil fitri
Takbir kumandang tahmid berseli
Ramadhan ditinggal sedih dihati
Tahun depan berjumpa lagi
insyaAllah

Tinggal Ramadhan hatiku resah
Menyambut Syawal Aidil Fitri
Semua balik anak Mak Minah
Lempar senyuman Mak Minah berseri

Sebelum Syawal di Batu Gajah
Walau beraya di Kota Bharu
Dah salam ke tangan Mak Minah?
berma'afan seperti selalu

Ahmad Nawab Tak tahu jawab
Gubah lirik bunyinya pelik
raya meriah penuh bersebab
orang beraya dia merisik

Balik beraya di Batu Gajah
dijemput pulak ke Masjid Tanah
menjujung jari mahap disembah
lain kali, insyaAllah

Terharu dihati dengan undangan
Terima Kasih AlhamdulilLah
Terasa dihati dipinta jangan
Tak dapat datang janganlah marah

Rumah Cik Ja'apar tersibuk sangat
Beraya di rumah bertingkat-tingkat
ke-rumah sedara semua dah sempat
Ziarah menziarahi membawa berkat

Dari Bangi pergi ke Kelang
Ke Banting pulak kami tersesat
Terima Kasih kerana dah datang
sampai jugak beraya di Keramat

Mak Ngah gembira kuih di hidang
Pak Andak ketawa sedara datang
Sampai jugak ke Sungai Udang
Bukan di Melaka tapi di Kelang

Raya nak habis dekat nak last
Hampir Syawal hendak berlalu
Blog Mak Andak memang class
Buat orang nak baca selalu

Wassalam

KEDAI AL-ABID