Welcome

SELAMAT DATANG KE BLOG Al-ABID FAMILI <<<---->>>Welcome to Al-Abid Family's blog

IKLAN

Friday, November 18, 2005

Seloka Cikgu Nab

Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Sudahkah kita penuhi amalan?
kuatkah sudah pegangan iman?
kukuhkah ia melawan Syaitan?

Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Menjelang pula Aidil Fitri
Pohon doa iman kekalkan
Kawalah nafsu bersihkan hati

Menjelang pula di pagi Syawal
Kampung sepi tanpa si dia
Sedih di hati tidak terkawal
Tidak menyambut dia bersama

Nuri menunggu di tepi kali
Jelatek menunggu tak kunjung tiba
Tak sangka dia marah sekali
tak ingin jumpa hatiku hiba

Anak ayam si anak Nuri
bekejar-kejar sampai ke petang
kenapa ibu jadi begini
gara anak tak matang-matang

bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi sawah
ibu merajuk sampai ke malam
anak tak faham sampai ke sudah

bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi paya

Mencari anak sampai Shah Alam
menurut hati ibu yang luka

Ibu di pujuk berkali kali
pulanglah pulang bersama kami
janganlah ibu turutkan hati
kami sedih ibu begini

Dari Shah Alam pergi ke Kelang
Singgah sebentar di padang Jawa
Pulanglah ibu cepatlah pulang
dah sampai pula hari ke-dua

Saban hari mengalir air mata
menunggu anak tak kunjung tiba
kini giliran anak pula
menunggu ibu yang sudah tua

Malam berlalu berganti hari
menunggu ibu tak kunjung tiba
gembiranya anak riang di hati
ibu pulang hari ketiga

Mencari si ibu si anak Nuri
Sayang si ibu sampai ke mati
adakah anak tak sedar diri
sedang ibu banyak berbakti?

Si anak Nuri main dikali
mencari cacing sampai ke pagi
janganlah anak berkecil hati
si ibu dah tua tak daya lagi

sewaktu kecil anak menangis
ibu dikencing terus dicuci
ibu bersabar tak pernah bengis
tak pula ibu berkecil hati?

tak pula ibu berair mata
di depan anak buat bersahaja
walau pedih hati terasa
ibu pendamkan hati yang luka

Sudahlah anak matangkan diri
kita dah tua sedar sedarlah
janganlah lupa anak sendiri
takut berulang pula sejarah

ibu tua dah lanjut usia
kasih ibu sangat berharga
kasihlah dia jangan di sia
kasihnya ibu sampai ke syurga

Janganlah nanti terlewat pula
menyesal kemudian tidak berguna
kasihlah ibu se adanya
kerana dia seorang sahaja

Ibu gembira anak bersama
walau berkumpul hari keempat
terharu rasanya si ibu tua
anak-anak bergaul rapat

Ibu gembira sama raikan
anak-anak semua sepakat
moga hubungan terus kekalkan
sayangilah semua sampai akhirat

Thursday, November 17, 2005

Seloka Mak Andak di Jawab

http://andak.blogeasy.com/article.view.run?articleID=106552
Nak melawan lah nih tapi tak berapa reti

Meriah menyambut Aidil fitri
Takbir kumandang tahmid berseli
Ramadhan ditinggal sedih dihati
Tahun depan berjumpa lagi
insyaAllah

Tinggal Ramadhan hatiku resah
Menyambut Syawal Aidil Fitri
Semua balik anak Mak Minah
Lempar senyuman Mak Minah berseri

Sebelum Syawal di Batu Gajah
Walau beraya di Kota Bharu
Dah salam ke tangan Mak Minah?
berma'afan seperti selalu

Ahmad Nawab Tak tahu jawab
Gubah lirik bunyinya pelik
raya meriah penuh bersebab
orang beraya dia merisik

Balik beraya di Batu Gajah
dijemput pulak ke Masjid Tanah
menjujung jari mahap disembah
lain kali, insyaAllah

Terharu dihati dengan undangan
Terima Kasih AlhamdulilLah
Terasa dihati dipinta jangan
Tak dapat datang janganlah marah

Rumah Cik Ja'apar tersibuk sangat
Beraya di rumah bertingkat-tingkat
ke-rumah sedara semua dah sempat
Ziarah menziarahi membawa berkat

Dari Bangi pergi ke Kelang
Ke Banting pulak kami tersesat
Terima Kasih kerana dah datang
sampai jugak beraya di Keramat

Mak Ngah gembira kuih di hidang
Pak Andak ketawa sedara datang
Sampai jugak ke Sungai Udang
Bukan di Melaka tapi di Kelang

Raya nak habis dekat nak last
Hampir Syawal hendak berlalu
Blog Mak Andak memang class
Buat orang nak baca selalu

Wassalam

Monday, November 07, 2005

Raya kat Batu Gajah Meriah







Raya di kampung sebelah mertua kawan di Merlimau Melaka rasanya meriah betul tahun nih (2005). Tengok adik ipar yang comel kawan tu seronok betul disamping mertua kawan. Kali nih kawan join takbir rumah-ke rumah sampai dekat sedozen rumah.
Boleh jugak kenal-kenal sedare mare sambil bertakbir dan bertahmid zikrulLah. Moga-moga disamping berkenalan dangan sedare dan mendekatkan diri pada Allah, dapatlah kiranya melembutkan hati-hati ini kerana dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.
Rasa-rasanya mane2 sedare yg tak dapat balik tu ...pastinye will be missing something. Tapi takpe... kami sume ingatkan korang. Bak kata Mawi, raya kat mana-mana pun mesti meriah...yang pasti ingatan mesti ada.
Gembiralah Mak Minah sebab anak, menantu dan cucu-cucu dapat berkumpul. Setahun dua tahun akan datang nih dengau citernya bertambah le lagi "beras" kawan. Bertambah meriah le nanti.
Tahun nih kitaorang lima bijik kereta menziarahi adik Mak Minah sempena Hari Raya di Palong Negeri Sembilan. Kenalah kita merapatkan silaturahim..moga-moga anak cucu tak lupa pada sedare. Lepas nih nanti kawan citerkan pulak macam mana sambutan raya kat Segamat plak
Posted by
Picasa

Wednesday, November 02, 2005

Buat kije time Raya

Kawan kat kampung le nih, kat cc tengah buat kije ofis. Kawan sbenornya dah agak kena buat kije sementara nak nunggu raya nih...tu sebabnya kawan bawak laptop balik...ingatkan kat kampung ada internet.. unfortunately.. down plak sbb cpu rosak...kenalah kawan gi cc utk buat kije. Frust giler. Bukannya kawan nak sangat kije time time cuti nih tapi dah tepaksa mandangkan tak ramai oang kat ofis yg reti buat kije...hampir takde... Yg paling tak pandai buat kije.. tu COO. Kawan panggil dia Coo Coo man sbb asyik suka bekokok macam ayam jantan... tapi tak berani amik accountability. Kekadang kawan panggil dia "The Boy" sbb cuma budak kecik suka mintak itu ini. Ntahle kekadang dah maleh nak kije kat kampeni nih lagi... rasa cam nak blah je
.. tapi kawan nih memang pegang pada prinsip, slagi kita diberi amanah utk buat kije..kenalah buat kije sebaik mungkin. Kita nihkan oang Islam... apa kita buat pun kenalah LilLahita'ala.. takpelah management tak nampak kije kita.. Tuhan nampak. Slagi kawan kije ngan diorang kawan kenalah jalankan amanah. Tapi kalau dapat peluang lain...... hmmm.
Prinsip kije kawan ialah:
  1. LilLahita'ala
  2. Amanah
  3. The Truth (even sometime it hurts)
  4. Continous improvement and the only constant is change
  5. Keredhaan Allah

Share lah prinsip korang plak ... maybe kawan boleh alter kawan punya skali... utuk kebaikan

Friday, October 28, 2005

Gembira Syawal menjelma, Sedih Ramadhan berlalu

Tup tup dah nak Raya. Kawan sekeluarga nak mintak mahap le bebanyok sempena ghayer tahun nih. Happy-happy jugak, jangan lupe kita nih.. terutamanya Kawan sendiri... beghobahke kite sebelum dengan selepas Ramadhan? Amalan kite tahun nih cukupke? Macam kawan nih... cam tak cukupje. Memula tu okeylah... lama-lama...ntahle..nampak nye termasuk lah kawan nih golongan yang memajukan oang lain ke depan kat Surau tuh... harap-harap yang belen-belen nih bulih lah menjenguk semula.. mentelah plak 10 malam terakhir. Skarang tengah nak kompol-kompol duit raya untuk anak-anak sedare... puh! banyok tu... 30 lebih belah kawan.. dekat 40 belah oang ghumah. Takpe ler staun skali. Selamat Hari Raya Ma'af Zahir Batin dari Kawan sekeluarga lah ye... Jemput jemput ler ke ghumah ghayer nih.. insyaAllah kalau takde apa aral...ghayer kempat Kawan skluarga ader kat ghumah. Wassalam

Ngape sedih je ghopernye nih, Uda


"Uda, sedih je nampak Uda, apekener nye nih? Kan dah nak ghayer nih. Dengor citenye Uda nak ghayer kat Ke'eL je tahun nih. Apekehe nye? Hai kuih ghayer pun tak bebuat... Tak ddayer agaknye iyye Uda? Ghayer kempat baru balik segamat kabor nye ... iyeke? Dahtu, kalau anak-anak balik sok managayanyer, sedihle bebudak tu sume kalau Uda tak ghaye Segamat. Do'a jelah Uda... banyaklah besabor bbulan pposa nih....iyyer. Dah ler tu... sempena nak ghayer nih kan... mahap bebanyoklah yerr.. mana salah silap tekasor baser, halalkan lah yer makan minum... Haghap Uda sihat afiat ler hendaknye. Nanti Ghayer esok jumpele kiter"
Posted by Ayah Chik

Thursday, October 27, 2005

Eid Mubarak Bersama DSAI


Damansara Kuala Lumpur Eidil Fitri 2004, Nih masa sambutan Eidil Fitri 2004 kat rumah DSAI di Damansara. Kami sekeluarga datang sblah pagi chewah sama-sama ngan V.V.I.P. gitu. Sblah petang baru dibukak untuk oang awam.
Posted by Picasa

Mu'az Graduate Tadika


KUALA LUMPUR December 2004, Keluarga Al-Abid di konvokesyen Mu'az (Tadika Amal) yang diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur pada tahun 2004. Bukan main bangga lagi keluarga Al-Abid nih. Nang kecik tu tido plak... nantilah yea..lain kali kita post gambar dia plak.

Posted by Picasa

KEDAI AL-ABID