Welcome

SELAMAT DATANG KE BLOG Al-ABID FAMILI <<<---->>>Welcome to Al-Abid Family's blog

IKLAN

Friday, November 18, 2005

Seloka Cikgu Nab

Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Sudahkah kita penuhi amalan?
kuatkah sudah pegangan iman?
kukuhkah ia melawan Syaitan?

Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Menjelang pula Aidil Fitri
Pohon doa iman kekalkan
Kawalah nafsu bersihkan hati

Menjelang pula di pagi Syawal
Kampung sepi tanpa si dia
Sedih di hati tidak terkawal
Tidak menyambut dia bersama

Nuri menunggu di tepi kali
Jelatek menunggu tak kunjung tiba
Tak sangka dia marah sekali
tak ingin jumpa hatiku hiba

Anak ayam si anak Nuri
bekejar-kejar sampai ke petang
kenapa ibu jadi begini
gara anak tak matang-matang

bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi sawah
ibu merajuk sampai ke malam
anak tak faham sampai ke sudah

bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi paya

Mencari anak sampai Shah Alam
menurut hati ibu yang luka

Ibu di pujuk berkali kali
pulanglah pulang bersama kami
janganlah ibu turutkan hati
kami sedih ibu begini

Dari Shah Alam pergi ke Kelang
Singgah sebentar di padang Jawa
Pulanglah ibu cepatlah pulang
dah sampai pula hari ke-dua

Saban hari mengalir air mata
menunggu anak tak kunjung tiba
kini giliran anak pula
menunggu ibu yang sudah tua

Malam berlalu berganti hari
menunggu ibu tak kunjung tiba
gembiranya anak riang di hati
ibu pulang hari ketiga

Mencari si ibu si anak Nuri
Sayang si ibu sampai ke mati
adakah anak tak sedar diri
sedang ibu banyak berbakti?

Si anak Nuri main dikali
mencari cacing sampai ke pagi
janganlah anak berkecil hati
si ibu dah tua tak daya lagi

sewaktu kecil anak menangis
ibu dikencing terus dicuci
ibu bersabar tak pernah bengis
tak pula ibu berkecil hati?

tak pula ibu berair mata
di depan anak buat bersahaja
walau pedih hati terasa
ibu pendamkan hati yang luka

Sudahlah anak matangkan diri
kita dah tua sedar sedarlah
janganlah lupa anak sendiri
takut berulang pula sejarah

ibu tua dah lanjut usia
kasih ibu sangat berharga
kasihlah dia jangan di sia
kasihnya ibu sampai ke syurga

Janganlah nanti terlewat pula
menyesal kemudian tidak berguna
kasihlah ibu se adanya
kerana dia seorang sahaja

Ibu gembira anak bersama
walau berkumpul hari keempat
terharu rasanya si ibu tua
anak-anak bergaul rapat

Ibu gembira sama raikan
anak-anak semua sepakat
moga hubungan terus kekalkan
sayangilah semua sampai akhirat

No comments:

KEDAI AL-ABID