Welcome

SELAMAT DATANG KE BLOG Al-ABID FAMILI <<<---->>>Welcome to Al-Abid Family's blog

IKLAN

Friday, March 30, 2012

PENGALAMAN BERTEMU HARRI WERNER.

Sedikit perkongsian saya yang Allah takdirkan pada 28 Mac 2012 ketika diberi kesempatan bersembang dgn seorang hamba Allah warga asing berbangsa Jerman bernama Harri Werner bermula di KLIA dan sepanjang penerbangan. Pd mulanya saya sangkakan dia adalah sebahagian dr pelancong yg baru pulang dari hadir utk menonton Grand Prix di Sepang. Rupanya beliau sudah tinggal di Msia selama 5 tahun sbg expatriate. Pertemuan itu yang saya yakin berbetulan dengan kehendak Allah SWT telah membuka perspektif baru dalam pandangan saya.

Persembangan itu adalah seperti persembangan biasa dengan warga luar terutama barat. Harri bertanya bagaimana Malaysia boleh kekal aman dlm keadaan berbilang etnik? Saya dgn bangganya menjawab keunikan hidup aman bersama ini adalah kerana kami walaupun pelbagai bangsa dan anutan sangat memahami satu sama lain.

Dia kata di pejabatnya ada masyarakat berketurunan melayu, cina dan india.
-Bila dia tanya kpd seorang tionghua, "tahukah apakah maksud perayaan hari raya?" Respon yg diperolehi ialah "entahlah saya rasa lebih kurang tahun baru org Melayu"
-Bila ditanya pula kpd org melayu, "siapakah yg menyambut perayaan wesak?". Respondnya ada yg kata cina, ada yg kata masyarakat India dan ada yg katakan penganut hindu
-Bila ditanya pula kpd org melayu dan cina yg lain, "org punjabi sambut apa?". Kebykn menjawab "deepavali".

Kesemuanya jawapan diatas adalah salah.
-Hari Raya (aidil fitri) adalah perayaan kembali kpd fitrah setelah menahan diri dalam bulan ramadhan
-Mereka yg menyambut wesak ialah masyarakat buddha dan mrk tak semestinya dr kaum cina, krn terdapat sebilangan kaum sinhalese, sri lanka di Malaysia yg juga beragama buddha
-Masyarakat Sikh atau punjabi menyambut Vasakhi.

Harri kemudiannya mengatakan hakikat berikut ini yang menyentap saya.

Katanya "all these years, you guys are not living PEACEFULLY TOGETHER, instead you are actually living PEACEFULLY SEPARATELY”. Ada benar kata2nya itu. Masing2 buat hal sendiri tanpa kita ambil kesah (AMBIL TAHU) untuk memahami satu sama lain. asalkan jangan kacau sudah. Kita menjadi sombong kerana kita rasa kita tuan tanah dan menjadi kewajipan org lain mengambil tahu tentang kita. Padahal disitulah pekuang untuk berdakwah.

Dia kemudiannya berkata betapa bahayanya sifat JAHIL (Ignorant / TIDAK AMBIL TAHU).
Jahil adalah umpama suasana gelap. Tahukah kenapa selalunya org akan takut dan tak selesa bila berada dalam keadaan gelap? Sbbnya adalah krn dia TIDAK TAHU apa yg ada dikelilingnya. Maka timbul byk syak...takut2 ada benda tak elok.

Begitu juga dgn jahil, bila kita tak mengenali ttg satu kelompok masyarakat lain, maka lama2, generasi bertukar generasi, kita akan rasa syak jika satu perkara kecil yg negatif terjadi.
Kejahilan ini bagai sebuah bom jangka yg jika diteruskan akan meletup dan merosakkan semua...bukan hanya satu kelompok tapi semua rakyat. Saat ini saya meng-on-kan rakaman dlm handphone krn dapati pendptnya agak menarik.

Beliau berpendpt adalah lebih baik agar rakyat Msia berbillang anutan mengenali satu sama lain terutama oleh org Islam sendiri. Org islam sudah terlalu hanyut. Melayu yang jauh kpd Islam memandang hina kpd agamanya sendiri...tiada keyakinan. Sementara yang cuba sgt dekat kpd Islam pula, krn generasi ini sudah terlalu dirosakkan oleh penjajah, sebenarnya sgt lemah ilmu islamnya sehingga x faham sehingga menjadi ikut2an shj. Ketaatan mereka adalah tanpa ilmu yg tersusun. Org Islam di negara ini dah terlalu merendah diri sehingga tak mampu menjalankan t/jawab berdakwah kepada non-muslim utk memperkanalkan Islam. Malah kejahilan ini juga menyebabkan ramai masyarakat melayu yg sgt defensive sehingga prejudice kpd non-muslim sehingga memandang majoriti non-muslim sbg musuh. Inilah kesilapan org2 Melayu di Malaysia.

Beliau menasihatkan supaya umat Islam di negara ini jgn ulangi kesilapan masyarakat Islam amerika sebelum berlakunya 911, walau pun ada menjalankan aktiviti dakwah kpd non-muslim tetapi sgt minima. Ini menyebabkan kebencian antara muslim dan non-muslim sgt ketara dan sifat prejudis sgt tinggi. Ini hasil dari tiada usaha mengenali satu sama lain. Mengenali dan memahami satu sama lain contohnya memahami beberapa perkara dalam kristianiti bukanlah bermaksud kita perlu meyakini kebenarnanya. Memahami tak bermaksud meyakini. Kita mungkin tak setuju, tapi kita faham. Di Malaysia, umat Islam tak buat begitu (memahami agama lain) kerana mereka takut di murtadkan. Mereka takut org lain guna kalimah ‘Allah’ yg katanya prophet Muhammad sendiri tak pernah halang. Prophet Muhammad mengambil persamaan kalimah Allah ini sbg satu peluang untuk lebih mudah berdakwah untuk mengubah agama mereka. Di Malaysia, kita risau anak2 kita dimurtadkan. Mengapa perlu takut jika kita dah betul2 yakin dgn Islam. Jawapannya ialah sebenarnya krn keyakinan umat Islam Malaysia bukanlah atas dasar ILMU tetapi atas dasar IKUTAN.

Jadi kata Harri lagi, kita hendaklah “disagree with knowledge” bukan “disagree with ignorant”.Disamping itu kita juga hendaklah “agree with knowledge” bukan “agree with ignorant”. Sungguh malang umat Islam di Malaysia yg baginya sgt jahil tentang Islam.

Katanya, mujurlah ada sekelompok masyarakat non-Muslim di Amerika yg pd awalnya berniat ingin memahami mengapa org Islam terlalu jahat pd pandangan mereka lalu mereka mengkaji Islam melalui pembacaan terjemahan Al-Quran, buku2 agama, hadith2, bertemu ilmuwan Islam dsbgnya. Hidayah milik Tuhan menyebabkan ramai yg masuk Islam. Saksikanlah bila org2 bukan Islam ini didedahkan dgn Islam, sebenarnya tak susah bg mereka utk memeluk Islam dgn izin Allah.
Saat ini saya sekali lagi benar2 tersentap. Saya bertanya adakah dia sudah memeluk Islam. Dia menjawab, “ya”. “Jadi knp x tukar nama?” tanya saya w/pun tahu mualaf mmg tak perlu tukar nama. Dia jawab “see, what I mean about ignorant in Islamic knowledge?” (lihatlah, maksud saya betapa kejahilan kamu ttg ilmu Islam?). (bahawa untuk memeluk Islam sebenarnya tidak memerlukan utk menukar nama)

Dia katakan yg dia mmg berbangsa Jerman krn kedua2 orgtuanya berketurunan Jerman tetapi dia dilahirkan di New York sbg warga amerika dalam keluarga yg sgt berpegang kpd ajaran Catholic. B/mana pun dia menganggap dirinya lebih kpd atheist sebelum ini. Beliau memeluk Islam setelah mengkaji mengapa Islam begitu dibenci oleh dunia barat, sebelum akhirnya beliau diberi hidayah.
Beliau mencari satu negara contoh yg boleh benar2 menggambarkan Islam dalam suasana majmuk. Beliau memilih Malaysia atas sbb itu. Bagaimana pun beliau tidak dpt menutup kekecewaannya setelah tinggal hampIr 5 tahun di sini.

Kekecewaannya ialah kpd sebahagian org melayu yg beragama Islam tetapi berfikiran sekular samada mereka sedar atau menafikannya yang sering mengasingkan agama dari urusan harian dan tidak yakin dengan keindahan Islam. Harri lebih gemar menghampiri kelompok masyrakat saduara baru yg pd pendptnya lebih mesra berbanding dgn melayu. Beliau juga mendapati kelompok saudara baru jauh lebih advance dalam menuntut ilmu agama dgn ramai yg telah khatam Al-Quran, sdgkan org melayu masih terangkak rangkak membaca surah2 lazim.Sungguh ramai masyakat melayu yg tidak faham tentang Islam. Sesuatu yang mat menyedihkan mungkin akibat dari penjajahan yg terlalu lama, tetapi juga hasil dari pemerintah secular yg menurutnya tidak mahu org melayu itk rapat dgn agama lalu dicurahkan dengan huburan dan keseronokkan kegembiraan.

Kekecewaanya ialah juga kpd golongan agamanawan Malaysia yg terlalu fokus memikir soal perlaksanaan hukum, soal fiqh dsbgnya di surau2 dan masjid2 spt jenis air, jenis najis, rukun solat, solat jama qasar dan pelbagai isu fardhi ain yang diakui penting dlm syariat tetapi sgt minima bila bicara hal dalam menjalankan dakwah kpd org bukan Islam dan begitu sombong utk tidak mahu pergi ke jalanan menyapai org bukan Islam. Dia bertanya bilakah kali terakhir kita berbicara soal tauhid kpd seorang bukan Islam? Bila kali terakhir kita berdakwah kpd kenalan bukan Islam yg kita kenali sejak bangku sekolah dan memberitahu mrk ttg Islam. Bukankah kita diutus untuk sekalian alam? Org melayu sgt jarang menitik berat soal “amar maaruf nahi mungkar” yg bukan setakat ceramah tetapi turun padang menerangan in-person kpd anak2 muda sehingga krn tak melakukannya menyebabkan kerosakkan akhlaq dan maksiat byk terjadi dikalangan generasi muda muslim sementara org2 bukan Islam dibiar tanpa secara pro-aktif berdakwah kpd mereka. Saat ini saya cuba membantah tetapi dgn sopan kerana cara tuturkatanya juga begitu sopan ketika menyampaikan maksud. Saya kata di Malaysia ada juga beberapa gerakan Islam yg berperanan dlm dakwah. Beliau kemudian menjawab, ya tetapi terlalu tertumpu soal apa yg TAK BOLEH buat, apa yg JANGAN buat sedangkan kita tak pernah bersuara soal megapa kita diutus ke sini dan kemana kita hendak pergi. Mengapa tidak? Kerana org melayu sebenarnya sendiri tak tahu dan tak pernah yakin bagaimana nak ucapkan hal2 spt itu.

Harri Wenrner minta maaf kpd saya krn terpaksa berterus terang tetapi itulah hakikatnya, pada pandangannya. Disamping itu beliau rasa sgt kecewa dgn akhlaq kedua2 pimpinan golongan org Islam, satu terlalu secular dan mahukan kemodenan sehingga menghancurkan akhlaq, satu lagi terlalu sombong memikirkan soal menghukum dan ilmu fiqh sehingga lupa untuk berdakwah dan lupa untuk menunjukkan keindahan Islam dgn berakhlaq mulia.

Saya tak tahu lah adakah semua persepsinya tentang Malaysia ini tepat, tapi moga kita pelajari apa2 jua yg baik darinya.

Coretan

Din Hassan
7 Jamadilawwal 1433.
Kuwait City, Kuwait

KEDAI AL-ABID