Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Sudahkah kita penuhi amalan?
kuatkah sudah pegangan iman?
kukuhkah ia melawan Syaitan?
Sedih rasanya meninggal Ramadhan
Menjelang pula Aidil Fitri
Pohon doa iman kekalkan
Kawalah nafsu bersihkan hati
Menjelang pula di pagi Syawal
Kampung sepi tanpa si dia
Sedih di hati tidak terkawal
Tidak menyambut dia bersama
Nuri menunggu di tepi kali
Jelatek menunggu tak kunjung tiba
Tak sangka dia marah sekali
tak ingin jumpa hatiku hiba
Anak ayam si anak Nuri
bekejar-kejar sampai ke petang
kenapa ibu jadi begini
gara anak tak matang-matang
bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi sawah
ibu merajuk sampai ke malam
anak tak faham sampai ke sudah
bekejar-kejar si Anak ayam
sampai pula di tepi paya
Mencari anak sampai Shah Alam
menurut hati ibu yang luka
Ibu di pujuk berkali kali
pulanglah pulang bersama kami
janganlah ibu turutkan hati
kami sedih ibu begini
Dari Shah Alam pergi ke Kelang
Singgah sebentar di padang Jawa
Pulanglah ibu cepatlah pulang
dah sampai pula hari ke-dua
Saban hari mengalir air mata
menunggu anak tak kunjung tiba
kini giliran anak pula
menunggu ibu yang sudah tua
Malam berlalu berganti hari
menunggu ibu tak kunjung tiba
gembiranya anak riang di hati
ibu pulang hari ketiga
Mencari si ibu si anak Nuri
Sayang si ibu sampai ke mati
adakah anak tak sedar diri
sedang ibu banyak berbakti?
Si anak Nuri main dikali
mencari cacing sampai ke pagi
janganlah anak berkecil hati
si ibu dah tua tak daya lagi
sewaktu kecil anak menangis
ibu dikencing terus dicuci
ibu bersabar tak pernah bengis
tak pula ibu berkecil hati?
tak pula ibu berair mata
di depan anak buat bersahaja
walau pedih hati terasa
ibu pendamkan hati yang luka
Sudahlah anak matangkan diri
kita dah tua sedar sedarlah
janganlah lupa anak sendiri
takut berulang pula sejarah
ibu tua dah lanjut usia
kasih ibu sangat berharga
kasihlah dia jangan di sia
kasihnya ibu sampai ke syurga
Janganlah nanti terlewat pula
menyesal kemudian tidak berguna
kasihlah ibu se adanya
kerana dia seorang sahaja
Ibu gembira anak bersama
walau berkumpul hari keempat
terharu rasanya si ibu tua
anak-anak bergaul rapat
Ibu gembira sama raikan
anak-anak semua sepakat
moga hubungan terus kekalkan
sayangilah semua sampai akhirat
Ini merupakan blog pertama kami diterbitkan pada 25 Oktober 2005. Kami berharap dapat berkongsikannya bersama anda semua. Sila berikan comment anda pada setiap article kami.
Friday, November 18, 2005
Thursday, November 17, 2005
Seloka Mak Andak di Jawab
http://andak.blogeasy.com/article.view.run?articleID=106552
Nak melawan lah nih tapi tak berapa reti
Meriah menyambut Aidil fitri
Takbir kumandang tahmid berseli
Ramadhan ditinggal sedih dihati
Tahun depan berjumpa lagi
insyaAllah
Tinggal Ramadhan hatiku resah
Menyambut Syawal Aidil Fitri
Semua balik anak Mak Minah
Lempar senyuman Mak Minah berseri
Sebelum Syawal di Batu Gajah
Walau beraya di Kota Bharu
Dah salam ke tangan Mak Minah?
berma'afan seperti selalu
Ahmad Nawab Tak tahu jawab
Gubah lirik bunyinya pelik
raya meriah penuh bersebab
orang beraya dia merisik
Balik beraya di Batu Gajah
dijemput pulak ke Masjid Tanah
menjujung jari mahap disembah
lain kali, insyaAllah
Terharu dihati dengan undangan
Terima Kasih AlhamdulilLah
Terasa dihati dipinta jangan
Tak dapat datang janganlah marah
Rumah Cik Ja'apar tersibuk sangat
Beraya di rumah bertingkat-tingkat
ke-rumah sedara semua dah sempat
Ziarah menziarahi membawa berkat
Dari Bangi pergi ke Kelang
Ke Banting pulak kami tersesat
Terima Kasih kerana dah datang
sampai jugak beraya di Keramat
Mak Ngah gembira kuih di hidang
Pak Andak ketawa sedara datang
Sampai jugak ke Sungai Udang
Bukan di Melaka tapi di Kelang
Raya nak habis dekat nak last
Hampir Syawal hendak berlalu
Blog Mak Andak memang class
Buat orang nak baca selalu
Wassalam
Nak melawan lah nih tapi tak berapa reti
Meriah menyambut Aidil fitri
Takbir kumandang tahmid berseli
Ramadhan ditinggal sedih dihati
Tahun depan berjumpa lagi
insyaAllah
Tinggal Ramadhan hatiku resah
Menyambut Syawal Aidil Fitri
Semua balik anak Mak Minah
Lempar senyuman Mak Minah berseri
Sebelum Syawal di Batu Gajah
Walau beraya di Kota Bharu
Dah salam ke tangan Mak Minah?
berma'afan seperti selalu
Ahmad Nawab Tak tahu jawab
Gubah lirik bunyinya pelik
raya meriah penuh bersebab
orang beraya dia merisik
Balik beraya di Batu Gajah
dijemput pulak ke Masjid Tanah
menjujung jari mahap disembah
lain kali, insyaAllah
Terharu dihati dengan undangan
Terima Kasih AlhamdulilLah
Terasa dihati dipinta jangan
Tak dapat datang janganlah marah
Rumah Cik Ja'apar tersibuk sangat
Beraya di rumah bertingkat-tingkat
ke-rumah sedara semua dah sempat
Ziarah menziarahi membawa berkat
Dari Bangi pergi ke Kelang
Ke Banting pulak kami tersesat
Terima Kasih kerana dah datang
sampai jugak beraya di Keramat
Mak Ngah gembira kuih di hidang
Pak Andak ketawa sedara datang
Sampai jugak ke Sungai Udang
Bukan di Melaka tapi di Kelang
Raya nak habis dekat nak last
Hampir Syawal hendak berlalu
Blog Mak Andak memang class
Buat orang nak baca selalu
Wassalam
Monday, November 07, 2005
Raya kat Batu Gajah Meriah
Raya di kampung sebelah mertua kawan di Merlimau Melaka rasanya meriah betul tahun nih (2005). Tengok adik ipar yang comel kawan tu seronok betul disamping mertua kawan. Kali nih kawan join takbir rumah-ke rumah sampai dekat sedozen rumah.
Boleh jugak kenal-kenal sedare mare sambil bertakbir dan bertahmid zikrulLah. Moga-moga disamping berkenalan dangan sedare dan mendekatkan diri pada Allah, dapatlah kiranya melembutkan hati-hati ini kerana dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.
Rasa-rasanya mane2 sedare yg tak dapat balik tu ...pastinye will be missing something. Tapi takpe... kami sume ingatkan korang. Bak kata Mawi, raya kat mana-mana pun mesti meriah...yang pasti ingatan mesti ada.
Rasa-rasanya mane2 sedare yg tak dapat balik tu ...pastinye will be missing something. Tapi takpe... kami sume ingatkan korang. Bak kata Mawi, raya kat mana-mana pun mesti meriah...yang pasti ingatan mesti ada.
Gembiralah Mak Minah sebab anak, menantu dan cucu-cucu dapat berkumpul. Setahun dua tahun akan datang nih dengau citernya bertambah le lagi "beras" kawan. Bertambah meriah le nanti.
Tahun nih kitaorang lima bijik kereta menziarahi adik Mak Minah sempena Hari Raya di Palong Negeri Sembilan. Kenalah kita merapatkan silaturahim..moga-moga anak cucu tak lupa pada sedare. Lepas nih nanti kawan citerkan pulak macam mana sambutan raya kat Segamat plak
Posted by Picasa
Tahun nih kitaorang lima bijik kereta menziarahi adik Mak Minah sempena Hari Raya di Palong Negeri Sembilan. Kenalah kita merapatkan silaturahim..moga-moga anak cucu tak lupa pada sedare. Lepas nih nanti kawan citerkan pulak macam mana sambutan raya kat Segamat plak
Posted by Picasa
Wednesday, November 02, 2005
Buat kije time Raya
Kawan kat kampung le nih, kat cc tengah buat kije ofis. Kawan sbenornya dah agak kena buat kije sementara nak nunggu raya nih...tu sebabnya kawan bawak laptop balik...ingatkan kat kampung ada internet.. unfortunately.. down plak sbb cpu rosak...kenalah kawan gi cc utk buat kije. Frust giler. Bukannya kawan nak sangat kije time time cuti nih tapi dah tepaksa mandangkan tak ramai oang kat ofis yg reti buat kije...hampir takde... Yg paling tak pandai buat kije.. tu COO. Kawan panggil dia Coo Coo man sbb asyik suka bekokok macam ayam jantan... tapi tak berani amik accountability. Kekadang kawan panggil dia "The Boy" sbb cuma budak kecik suka mintak itu ini. Ntahle kekadang dah maleh nak kije kat kampeni nih lagi... rasa cam nak blah je
.. tapi kawan nih memang pegang pada prinsip, slagi kita diberi amanah utk buat kije..kenalah buat kije sebaik mungkin. Kita nihkan oang Islam... apa kita buat pun kenalah LilLahita'ala.. takpelah management tak nampak kije kita.. Tuhan nampak. Slagi kawan kije ngan diorang kawan kenalah jalankan amanah. Tapi kalau dapat peluang lain...... hmmm.
Prinsip kije kawan ialah:
.. tapi kawan nih memang pegang pada prinsip, slagi kita diberi amanah utk buat kije..kenalah buat kije sebaik mungkin. Kita nihkan oang Islam... apa kita buat pun kenalah LilLahita'ala.. takpelah management tak nampak kije kita.. Tuhan nampak. Slagi kawan kije ngan diorang kawan kenalah jalankan amanah. Tapi kalau dapat peluang lain...... hmmm.
Prinsip kije kawan ialah:
- LilLahita'ala
- Amanah
- The Truth (even sometime it hurts)
- Continous improvement and the only constant is change
- Keredhaan Allah
Share lah prinsip korang plak ... maybe kawan boleh alter kawan punya skali... utuk kebaikan
Subscribe to:
Posts (Atom)